SLIDE TANAMAN HERBAL


Penyakit Diabetes

Written by KESEHATAN HERBAL 0 komentar Posted in:

Penyakit ini juga dikatakan menjadi semakin kerap ditemui dan tangkas ‘terjangkit’ terutamanya di Asia, tentu sekali termasuk Malaysia, berbanding tempat-tempat lain di penjuru dunia. sesetengah saintis meramalkan diabetes bakal menduduki peringkat tertinggi dan terbesar direkodkan dalam sejarah manusia.

3.2 juta kematian (bersamaan enam orang permenit) dicatat di seluruh dunia yang tertinggi daripada komplikasi-komplikasi diabetes. perubahan gaya hidup mewah, pemakanan tidak seimbang dan kurang olahraga di kalangan para pekerja pejabat berbanding mereka yang lebih aktif,dikatakan sekurang-kurangnya separuh daripada rakyat asia tidak menyedari bahwa glukosa atau gula dalam darah mereka tinggi.

Jadi, apakah anda beresiko? Apakah komplikasi-komplikasinya? Dan, kenapa anda perlu ambil tahu tentang penyakit yang menyerang dari dalam, Diabetes memungkinkan resiko sakit jantung lebih besar dibanding mereka yang tidak terjangkit.

@ Komplikasi

karena itu bagi yang mengidap diabetes perlu meminamalisir resiko sakit jantung dan struk dengan cara mengontrol kadar gula dalam darah dan juga mengurangkan faktor-faktor resiko lain seperti darah tinggi, kolesterol.

Berat badan juga menjadi faktor penting terutamanya perut yang buncit. metamorfosa cara hidup mengontrol seimbang dan senaman setiap hari adalah sangat penting. seperti :

  • Pertama berat badan juga harus diberikan perhatian terutama jika pesakit mempunyai perut yang buncit.
  • Kedua kadar gula adalah penting dan pengidap perlu berobat ke doktor sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan.

Pemeriksaan kadar HbA1c, haruslah tidak melebihi tujuh peratus dan kadar glukos waktu berpuasa juga tidak melebihi tujuh mmol/L. glukosa dan HbA1c yang baik boleh mencapai angka dengan cara makanan dan senaman, menggunakan obat-obatan seperti pil diabetes dan juga suntikan insulin, jika perlu. penyakit darah tinggi adalah lebih banyak di kalangan pengidap penyakit kencing manis berbanding pengidap penyakit lain.

Walaupun definisi darah tinggi adalah 140/90 pada umumnya kadar ini diturunkan ke 130/80 bagi pengidap diabetes. Ini disebabkan oleh karena resiko jantung dan strok yang lebih tinggi di antara pegidap esakit diabetes. Kadar kolesterol juga berbeda di antara pesakit diabetes.

Lazimnya, kadar trigliserid lebih tinggi dan HDL – kolesterol rendah berbanding dengan orang biasa apabila kadar LDL – kolesterol dan total kolesterol tidak berbeda dibandingkan dengan orang biasa.

Pembetulan kadar kolesterol yang tidak seimbang ini dapat mengurangkan kadar sakit jantung sebanyak 25 peratus. Pengawalan kolesterol boleh dicapai dengan cara pemakanan dan juga ubat-ubatan, jika perlu. Ia amat penting terutama di kalangan pesakit yang menghidap diabetes dan juga sakit jantung.

Merokok adalah risiko tersendiri penyakit jantung terutamanya di kalangan pesakit kencing manis. Kadar kematian sakit jantung adalah dua kali ganda di kalangan pesakit diabetes yang merokok berbanding dengan pesakit yang tidak merokok.

Komplikasi metabolik di kalangan penghidap diabetes terbahagi kepada dua jenis:

  • Hiperglisemia; berlaku apabila kadar glukosa dalam darah terlalu tinggi menyebabkan pesakit terasa lemah dan kehausan.
  • Hipoglisemia pula berlaku apabila kadar glukosa dalam darah terlalu rendah. Keadaan ini menyebabkan pesakit terasa lapar, menggigil, berpeluh dan jantung berdebar-debar.

@ Jenis-jenis Komplikasi

Tiga jenis komplikasi yang biasanya terdapat pada pesakit adalah

  1. katarak,
  2. glaukoma dan
  3. retinopati diabetik. Komplikasi retinopati diabetik boleh menyebabkan pendarahan di dalam mata dan mengakibatkan buta. Keadaan ini boleh dielakkan jika pengidap melakukan pemeriksaan mata.
  4. Kerusakan Kaki penyebabkan kerosakan saraf dan mengakibatkan kaki pesakit menjadi kesemutan dan mati rasa dan sakit. Ini bisa menyebabkan kaki pengidap luka dan berkudis tanpa disedari oleh pengidap itu sendiri. Gangguan saraf juga bisa menyebabkan kerusakan pada sendi dan kecacatan di kaki.
  5. kerusakan saraf di dalam perut pula, ini bisa menyebabkan pesakit terasa kembung dan kecirit.
@ Hindari Masalah Pada Kaki:
  • Periksa kaki setiap hari
  • Basuh kaki setiap hari dengan sabun
  • Jangan rendam kaki. Ini akan menyebabkan kulit menjadi bengkak
  • Keringkan kaki dengan baik selepas mandi terutama di celahan jari
  • Gunakan bedak supaya kaki senantiasa selalu kering
  • Potong kuku dengan baik. Gunakan gunting kuku yang baik Jangan guna pisau atau gunting untuk memotong kuku.
  • Jika kaki anda luka, bersihkan dan obat antiseptik Segeralah temui doktor jika luka tidak sembuh dalam tiga atau empat hari
  • Apabila membeli sepatu pastikan saiznya betul, tapaknya lembut. Jangan guna sepatu bertumit tinggi. Sentiasa gunakan sarung kaki supaya tidak luka. Sebelum memakai sepatu pastikan tiada pasir atau batu. Ini dapat menyebabkan luka.

0 komentar:

Posting Komentar

  • Welcome Message

Followers

GUDANG ILMU


Masukkan Code ini K1-81D5FY-4
untuk berbelanja di KutuKutuBuku.com
Related Posts with Thumbnails